KLIMS 2024: GAC M8 PHEV Ditayang, Pelancaran Tahun Depan

LocalCars
5 Dec 2024 • 8:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

GAC M8 PHEV kini turut dipamerkan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) dimana ia berjaya menarik perhatian para pesaingnya.

Susulan penampilan umumnya, beberapa unit M8 sebenarnya sudah pun menjalani ujian di jalan raya .

Ini memberi petunjuk ada kemungkinan besar GAIC Motor Malaysia bakal melancarkan jentera itu ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

image is not availableimage is not available

Pihak syarikat dikatakan sudah pun meletakkan sasaran untuk memperkenalkan varian Premium dan Premium Luxury GAC M8 PHEV secara rasmi pada suku pertama 2025.

Untuk pengetahuan anda, M8 PHEV ini dlengkapi dengan enjin 2.0 liter yang sebenarnya dibangunkan bersama Toyota.

image is not availableimage is not available

Sistem pacuan roda hadapannya menggabungkan enjin empat silinder pengecas turbo, membolehkannya ia menghasilkan kuasa setakat 190 hp dan tork 330 Nm manakala motor elektrik pula menjana kuasa 182 hp dan tork 270 Nm.

Bateri litium-ion Primeearth berkapasiti 25.57 kWh dikatakan mampu menawarkan jarak gerak elektrik sehingga 136 kilometer namun, jarak gerak keseluruhan dikatakan mampu bergerak sejauh 1,032 km.

Dari segi pengecasan, . jika menggunakan AC akan mengambil masa 3.5 jam untuk penuh, manakala DC pula 30 minit.

image is not availableimage is not available

Di China, M8 PHEV dijual pada harga 269,800–342,800 yuan (RM 184,000–RM208,000).

Jika, tiada insentif cukai hibrid, strategi pemasangan CKD mungkin diperlukan untuk mengekalkan harga yang kompetitif di Malaysia.