KLIMS 2024: GWM Dedah Model Terbaharunya, GWM Tank 500, GWM WEY 80

LocalCars
5 Dec 2024 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Great Wall Motor (GWM) mendedahkan dua model baharunya, GWM Tank 500 dan GWM WEY 80 di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

GWM TANK 500 ialah model TANK kedua yang diperkenalkan selepas GWM TANK 300 di mana kenderaan utiliti sukan (SUV) 'off-road' tujuh tempat duduk itu menggabungkan reka bentuk moden dengan keupayaan 'off-road'.

image is not availableimage is not available

Difahamkan model GWM TANK 500 dijangka memasuki pasaran Malaysia pada 2025

Dari segi dimensi, GWM 500 Tank memiliki ukuran 5,078 mm panjang, 1,934 mm lebar dan 1905 mm tinggi serta jarak roda 2,850 mm.

image is not availableimage is not available

Melihat luarannya sahaja, ia cukup sasa, tampan dan gagah.

image is not availableimage is not available

GWM Tank 500 ini disumbat dengan enjin empat silinder turbo 2.0 liter sistem hibrid dan transmisi automatik sembilan kelajuan hibrid.

Ini bermakna jentera ini mampu mampu menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 342 PS dan tork 648 Nm.

GWM WEY 80:

Beralih GWM WEY 80 pula, ia juga menawarkan tujuh tempat duduk dimana ia dilihat lebih sesuai kepada pelanggan yang mempunyai keluarga besar.

image is not availableimage is not available

WEY 80 menggunakan sistem 'plug-in' hybrid elektrik yang menggunakan 'dedicated hybrid technology' (DHT).

Jentera ini pula mampu menghasilkan kuasa setakat 358 kilowatt (kW) dan tork 762 Nm.

Dari segi dimensi, ia memiliki ukuran panjang 5,045 mm , 1,960 mm lebar dan 1,900 mm tinggi manakala jarak roda 3,085 mm.

Melihat kepada ukurannya, ia adalah sebuah MPV yang cukup serta premium dan dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih.

Menjengah bahagian kabinnya, ia didatangkan dengan tempat duduk premium berlapik kulit dengan fungsi graviti sifar..

Antara kelengkapan lain ialah, ia juga didatangkan dengan meja lipat di belakang tempat duduk barisan, 16 pembesar suara 'Harman Kardon', dan banyak ciri lain.

Buat masa ini, GWM tidak mendedahkan sebarang butiran harga namun kedua-dua model itu mungkin berharga dari RM100,000 hingga RM400,000.