Klinik Beri Kenyataan Rasmi, Netizen Laju Komen - “Jadi Rekod Kesihatan Aisyah Tu Betul Lah Kan?”

30 Nov 2023 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Susulan rekod perubatan milik isteri pempengaruh Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah tular, klinik tersebut tampil memberikan kenyataan rasmi.
 
Kenyataan itu dikeluarkan oleh pihak pengurusan Kumpulan Megaklinik Zahran menerusi hantaran di akaun Instagram rasminya pada Rabu.
 
Menurut klinik tersebut, mereka memandang serius mengenai penjagaan data dan tidak pernah sekalipun menyebarkan laporan perubatan pesakit.
 
“Berikutan status yang tular di laman sosial berkenan laporan perubatan pesakit bernama Aisha Hijanah Bt Azhari, pihak Megaklinik Zahran menafikan penyebaran laporan perubatan oleh pihak klinik. 
 
“Pihak kami amat memandang serius penjagaan data pesakit dan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh KKM,” tegas pihak pengurusan klinik tersebut.
 





“Guys, maksud klinik ni ialah bukan klinik yang sebarkan maklumat pesakit, "Menafikan penyebaran maklumat" bukan maksudnya apa yang adik aisyah keluarkan tu tak betul. Mungkin benda tu betul tetapi bukan klinik yang sebarkan,”



“Terima kasih, maknanya laporan tu sah. Bukan salah pihak klinik, terima kasih sebab tulis report yang jelas dan tulus! Nanti kita datang support,”



“Nafikan penyebaran maklumat je bukan nafi medical report. Baca bebetul,”



“Klinik just nafikan dorang yang post laporan tu, tapi dorang tak kata laporan tu tak betul. Ini bermaksud laporan tu betul lah. Kalau laporan tu palsu, awal-awal klinik akan nafikan dan ambil tindakan undang-undang. Jadi yang mentega tu tak boleh pusing mana mana dah la,”








image is not available