KLN belum terima pengesahan rasmi kematian warga Malaysia

27 Aug 2026 • 8:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KLN belum terima pengesahan rasmi kematian warga Malaysia

PUTRAJAYA- Kementerian Luar Negeri (KLN) menegaskan belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai kemalangan jiwa membabitkan warga Malaysia susulan bencana banjir di Daerah Rasuwa, Nepal.

Wisma Putra berkata, KLN mengambil maklum mengenai maklumat tidak sahih yang tersebar di media sosial dan melalui sumber-sumber tidak rasmi lain berhubung kemungkinan berlakunya kemalangan jiwa membabitkan warga Malaysia.

“KLN melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang giat mendapatkan pengesahan segera daripada pihak berkuasa Nepal.

“Pada peringkat ini, KLN belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai sebarang kemalangan jiwa yang melibatkan warga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Susulan itu, KLN menggesa orang awam untuk tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang tidak sahih.

“Maklumat yang tidak sahih boleh mencetuskan kebimbangan dan tekanan yang tidak sepatutnya kepada ahli keluarga yang terlibat.

“Oleh itu, semua pihak diseru untuk menunggu maklumat rasmi dan menghormati privasi keluarga mangsa yang terjejas,” katanya.

Jelasnya, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal, pasukan mencari dan menyelamat, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan serta hospital utama di Kathmandu bagi memastikan keselamatan dan keberadaan warga Malaysia terlibat.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing juga telah diaktifkan untuk membantu usaha ini melalui libat urus dengan pihak berkuasa yang berkaitan di negara penempatan masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post KLN belum terima pengesahan rasmi kematian warga Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved