
PETALING JAYA – Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 11.09 pagi ini, dan 11 daripadanya menghampiri bacaan 200.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kesemua kawasan berkenaan mencatat bacaan IPU antara 153 hingga 187, iaitu dalam kategori tidak sihat.
Daripada jumlah itu, Segamat, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 187, diikuti Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan (183).
Turut mencatat bacaan tinggi ialah Kluang (180), Pasir Gudang (179), Johan Setia, Selangor (178), Larkin (177) dan Rompin, Pahang (175).
25 kawasan lain adalah, Cheras, Kuala Lumpur dan Putrajaya (173), Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka, Melaka serta Tangkak, Johor (172), Shah Alam, Selangor (170), Batu Muda, Kuala Lumpur dan Port Dickson, Negeri Sembilan (169), Alor Gajah, Melaka (168), Klang dan Banting, Selangor (167), Balok Baru Kuantan, Pahang (166).
Sementara itu Petaling Jaya, Selangor (165), Pengerang dan Kota Tinggi, Johor serta Indera Mahkota Kuantan, Pahang (164), Batu Pahat, Johor (162), Seri Manjung, Perak (160), Tasek Ipoh, Perak (158).
Manakala Seberang Perai, Pulau Pinang (156), Minden, Pulau Pinang, Kuala Selangor, Selangor dan Kemaman, Terengganu (155), Taiping, Perak (154), serta Sungai Petani, Kedah (153).
Pada masa sama, sebanyak 23 stesen berada pada tahap sederhana, manakala tiada stesen merekodkan bacaan baik, sangat tidak sihat atau berbahaya daripada keseluruhan 68 stesen pemantauan JAS.
Bacaan IPU 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, yang boleh memberi kesan kepada golongan berisiko terutama kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE
The post Kluang, Pasir Gudang, Johan Setia hampiri bacaan IPU 200 appeared first on Kosmo Online.






