Komander Houthi maut dalam pertempuran dengan tentera Yemen

WorldPolitics
16 Oct 2026 • 7:52 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Komander Houthi maut dalam pertempuran dengan tentera Yemen

SANAA: Seorang komander Houthi terbunuh dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Yemen berhampiran Gunung Han di bandar Taiz, barat daya negara itu, menurut seorang pegawai pada Jumaat.

Jurucakap media Yemen, Fayyad al-Noman menerusi hantaran di platform media sosial X berkata, Abdulrahman Mohammed Sufyan Wajih al-Din yang dikenali sebagai Abu al-Karrar, terbunuh di tangan tentera kerajaan berhampiran Gunung Han.

Fayyad mengenal pasti komander Houthi yang terbunuh itu sebagai brigadier jeneral yang juga pengarah daerah Dhi al-Sufal di wilayah Ibb.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila kejadian itu berlaku atau memberikan butiran lanjut mengenai keadaan yang membawa kepada kematian komander berkenaan.

Houthi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu setakat ini.

Taiz kekal sebagai antara medan pertempuran utama dalam konflik Yemen, dengan tentera kerajaan dan Houthi berulang kali bertempur di sekitar bandar berkenaan.-AGENSI

The post Komander Houthi maut dalam pertempuran dengan tentera Yemen appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved