Kombinasi ‘Legend’ Dan Kayangan, Ini Resipi Biskut Semperit Lotus Biscoff Yang Confirm Ketagih!

Local
16 Apr 2023 • 10:19 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Semperit dengan inovasi baru!

Kombinasi ‘Legend’ Dan Kayangan, Ini Resipi Biskut Semperit Lotus Biscoff Yang Confirm Ketagih!. Biskut Semperit merupakan salah satu jenis biskut tradisional yang sangat popular di Malaysia terutamanya semasa hari perayaan. Rupa biskut yang unik dengan bentuk yang menarik, mempunyai cita rasa yang lembut dan klasik menjadikan biskut semperit menjadi kegemaran ramai.

Biskut semperit ini tetap menjadi pilihan ramai dan antara biskut yang wajib dibuat setiap kali hari raya. Kali ini biskut ini kembali dengan inovasi baru yang mana anda boleh lakukan dengan biskut Biscoff! Sedapkan? Apa kata ikuti perkongsian resepi biskut semperit lotus di bawah ini.

image is not available
Kombinasi ‘Legend’ Dan Kayangan, Ini Resipi Biskut Semperit Lotus Biscoff Yang Confirm Ketagih!. Kredit: Daily Makan

Cara Buat Biskut Semperit Lotus Biscoff Kayangan Yang Sedap!

Bahan-bahan:

1 cawan majerin/butter (200g)

1/2 cawan susu pekat(boleh kurangkan klau nak biskut kurang manis)

3 sudu besar lotus spread

1/2 cawan tepung custard

3 cawan tepung jagung

Biskut yang dihancurkan/crush lotus biscoff secukupnya

Caramel chocochip secukupnya

image is not available

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan majerin atau butter, susu pekat & lotus spread kemudian kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung custard kemudian tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli sehingga jadi doh lembut.
  3. Guna acuan semperit.
  4. Tekan bahagian tengah bunga semperit dgn jari kelingking atau boleh menggunakan chopstick. Hendak lah tak terlalu dalam sangat.
  5. Isikan filling lotus spread dgn piping bag.
  6. Tabur biskut/crush lotus ke atas filing.
  7. Kemudian letak caramel chocochip atas semperit.
  8. Panaskan oven 5-10minit, kemudian bakar suhu 160°© 20 minit+-.
  9. Siap untuk dihidang.

image is not available

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article