Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Tindakan pelakon berkaliber, Puteri Balqis, memuat naik hantaran meluahkan rasa berang di media sosial baru-baru ini mencetuskan tumpuan ramai apabila dia secara terbuka membidas sikap segelintir netizen yang dianggap ‘over’ dan gemar mencampuri urusan peribadi serta kerjayanya.
Pelakon yang turut dikenali sebagai Aqish itu meluahkan rasa muak dengan sikap warganet di ruangan komen yang seolah-olah hilang batasan moral apabila membincangkan gandingan pelakon lelaki dan wanita di kaca televisyen. Menurutnya, ada dalam kalangan peminat yang terlalu taksub memaksa pelakon bercinta sampai ke alam nyata sehingga meninggalkan komen yang tidak senonoh.
Artikel berkaitan: “Baru je kami bawa dia jalan” – Puteri Balqis Kongsi Keadaan Ibu Hidap Cyst
Artikel berkaitan: “Saya pernah jumpa dia sekali sahaja” – Mia Sara Tampil Bersihkan Nama, Nafi Pernah Buli & Hina Puteri Balqis
“Ironinya, watak korang pun sepesen je dalam comment section. Bila berlakon, dipaksa bercinta sampai real life. Komen dah macam tak ada maruah. Nafsu korang macam nafsu arnab aku,”bidas Aqish tajam.
Tidak cukup dengan itu, Aqish turut mendedahkan realiti di sebalik tabir industri lakonan apabila ada pihak yang sering mencari pasal dan mengkritik tindakannya dalam memilih watak. Tegasnya, dia bekerja keras untuk mencari rezeki halal tanpa menyusahkan hidup sesiapa, malah menyifatkan dirinya tidak perlu tunduk pada telunjuk pihak yang tidak memberi sebarang sumbangan kewangan kepadanya.
“Waktu aku susah, bukan mak bapak kau yang tunggu aku depan pintu… Kau tak bagi kami makan, tapi sibuk nak tentukan macam mana aku patut cari makan,”luahnya kesal.
Dalam hantaran berasingan, Aqish turut mendedahkan sisi profesionalisme beberapa pelakon lelaki popular yang pernah bekerjasama dengannya seperti Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Aiman Hakim, Jazmy Juma, dan Kodi Rasheed. Jelas Aqish, pelakon-pelakon lelaki ini amat menghormati batas pergaulan di set penggambaran tanpa mengambil kesempatan.
View this post on Instagram
“Even Amir Ahnaf, aku berlakon berbulan dengan dia. Scene semua berat. Dia sendiri yang sentiasa ingatkan diri dia bahawa aku ada boundaries dengan lelaki. Tak pernah sekali pun Amir Ahnaf ambil kesempatan atau sengaja bergesel dengan aku,”jelasnya.
Malah, Aqish mendedahkan dia sendiri tidak teragak-agak untuk berjumpa pengarah bagi meminta mengurangkan babak bersentuhan sekiranya berdepan dengan pelakon yang cuba mengambil kesempatan. Bagaimanapun, dia merakamkan penghargaan buat para pengarah yang memahami serta menghormati batas kerjanya sebagai seorang anak seni.
Menutup hantaran tersebut, Aqish tetap menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada kata-katanya yang terkasar bahasa, namun menegaskan bahawa luahan itu sengaja dilemparkan buat pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi terhadap dirinya.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





