
Kota Kinabalu: Kompleks Sukan Kota Marudu yang tertangguh dijadual siap pada Mei tahun ini.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin (gambar) membuat jaminan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa sebagai menjawab video tular baru-baru ini disiarkan dalam talian berhubung projek tertangguh yang pertama kali diberikan pada 2020.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh kontraktor dalam melaksanakan projek itu bermula dengan penularan wabak yang mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain isu teknikal dan logistik lain.
Tambahnya, cuaca buruk di daerah ini turut memainkan peranan utama dalam kelewatan projek tersebut.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Pada Disember 2022, banjir besar yang melanda daerah Kota Marudu telah menyebabkan kerosakan teruk di tapak pembinaan.
“Berikutan itu, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Mansur Asun mencadangkan untuk menaikkan paras tapak bagi mengelak banjir pada masa hadapan dan seterusnya kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM1.28 juta untuk kerja tambahan ini yang bermula pada September 2023.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Bagaimanapun, cuaca buruk yang berterusan di daerah ini menyebabkan kesukaran untuk menjalankan kerja-kerja cerucuk berikutan tanah yang basah dan tambahan pula terdapat kekurangan batu berikutan permintaan tinggi untuk projek infrastruktur jalan raya,” katanya.
Di sebalik halangan itu, beliau mengesahkan bahawa projek tersebut sudah 80 peratus siap dengan penyiapan bangunan pejabat, pagar perimeter dan tempat letak kereta, manakala bahan trek sintetik yang diimport dari Australia akan dipasang sebaik cuaca mengizinkan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, beliau menyeru golongan belia di negeri ini supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita tidak tepat yang tersebar di media sosial dan mereka perlu menghubungi terus kementerian bagi mendapatkan penjelasan lebih jelas dalam sebarang isu berkaitan mereka.
Beliau berkata Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, komited dalam usaha mereka untuk menyokong pembangunan belia dan sukan di negeri ini.



