Komuniti Felda turun padang bantu mangsa kebakaran di Felda Jengka 12

19 Aug 2026 • 11:19 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Komuniti Felda turun padang bantu mangsa kebakaran di Felda Jengka 12

JERANTUT: Semangat kebersamaan masyarakat Felda terus terserlah apabila kepimpinan setempat bersama pengurusan tanah rancangan itu turun padang membantu sebuah keluarga peneroka di Felda Jengka 12 yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dijilat api kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Kejadian itu membabitkan kediaman milik Selamah@Esah Hassan, peneroka bersama Felda Plantation Management Sdn. Bhd. (FPMSB), yang kini tinggal sehelai sepinggang bersama dua ahli keluarga lain.

Pengerusi Biro Sosial dan Komuniti Setempat Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, pihaknya bersama pengurusan Felda dan kepimpinan masyarakat segera menyalurkan bantuan awal sebaik menerima maklumat kejadian.

“Bantuan segera disampaikan bagi meringankan beban mangsa yang kehilangan kediaman dan barangan keperluan akibat kebakaran. Kita berharap mangsa dan keluarga terus tabah menghadapi ujian ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, NorSarfinaz Mohd. Azman, Pengurus Felda Jengka 12, Mohd. Amir Jusoh dan Ketua Peneroka Felda Jengka 12, Mohd. Taufik Mansor.

Razak berkata, kerjasama erat antara pengurusan Felda, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat membolehkan bantuan disalurkan dengan cepat sekali gus membantu meringankan beban mangsa kebakaran.

Beliau turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit bagi membantu mereka meneruskan kehidupan selepas kehilangan tempat tinggal.

“Pihak berkaitan sedang menilai keperluan lanjut mangsa sementara menunggu siasatan lengkap berhubung punca kebakaran,” katanya. – UTUSAN

The post Komuniti Felda turun padang bantu mangsa kebakaran di Felda Jengka 12 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved