Kongsi Gambar Berjaya Tawan Gunung Kinabalu, Instagram Pelakon Korea Selatan Lee Min-ki Dibanjiri Komen Peminat Malaysia

Entertainment
30 Mar 2024 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, memang ramai pelancong Korea Selatan yang gemar melancong ke negeri di bawah bayu iaitu negeri Sabah kan. Mana taknya, dekat Sabah ada banyak pulau-pulau yang cantik dengan air laut yang jernih, dan Gunung Kinabalu juga menjadi tumpuan pelancong Korea kerana kebanyakan daripada mereka gemar mendaki gunung.

Beberapa hari lepas pula, pelakon Korea Selatan yang popular dengan k-drama Because This is My First Life dan My Liberation Notes, Lee Min-ki telah memuat naik gambar-gambar dirinya mendaki Gunung Kinabalu.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, dapat dilihat ramai peminat Malaysia mengucapkan selamat datang ke Sabah dan tahniah kepada pelakon ini kerana berjaya mendaki gunung tertinggi di Malaysia itu.

Selain itu, Lee Min-ki turut berkongsi video pengalamannya datang ke Sabah menerusi Instagram.

Sekarang ni memang orang Korea yang datang melancong ke Sabah kan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.