Kongsi Mesej Isteri Beri Nasihat Pasal Accident, Jofliam Diperli Netizen – “Google Dulu Lah Kot…”

30 Aug 2025 • 10:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan terkenal, Jofliam, sekali lagi menjadi bahan bualan hangat selepas berkongsi tangkapan skrin mesej perbualannya bersama isteri, Dewi di Instagram Story. Dalam mesej tersebut, Dewi dilihat memberi pandangan tentang cara menguruskan mangsa kemalangan, antaranya menyebut tentang tindakan “elevate kaki”.

Namun, hantaran itu tidak mendapat reaksi positif apabila netizen di Threads mula mempertikaikan nasihat berkenaan.

image is not available

Seorang pengguna menulis sinis,

Elevate kaki for breathing purpose? Doctor Qy boleh google dulu sebelum bagi unsolicited consultation kot? Elevate kaki is to prevent shock ya. You’re not even there so macam mana tahu kena elevate kaki? What if kaki mangsa patah?

Komen tersebut segera mengundang pelbagai respon lain, rata-rata menyifatkan tindakan Jofliam dan isterinya seolah-olah mahu “show off” tetapi tidak memahami prosedur sebenar rawatan kecemasan.

image is not available

“Letih nak baca orang tunjuk pandai tapi fakta pun salah,” tulis seorang lagi netizen.

image is not available 2025-08-13 10:39:57

"Tak Sedar Ke Dok Menyewa?" - Netizen Garu Kepala Jofliam Rancang 'Renovate' Rumah?