Kongsi Video Dengan Lagu Sedih Di Mahkamah, Rakan Artis Bersatu Sokong Bella Astillah Cerai

Entertainment
13 Mar 2024 • 3:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bella cerai

Hari ini, pelakon Bella Astillah dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk prosiding cerai yang dituntut secara ekspres Isnin lalu.

Namun, kelibat suaminya, Aliff Aziz tidak kelihatan dan prosiding ditunda pada 4 April depan.

Di Instagram, Bella ada berkongsi video berada di mahkamah berlatarkan lagu nyanyian Billie Eilish bertajuk ‘What Was I Made For’.

Tetapi, hantaran itu tidak disertakan sebarang kapsyen untuk menyatakan perasaannya ketika ini.

Di ruangan balas, netizen termasuk rakan artis membanjiri komen dengan kata-kata semangat buat Bella. Kata mereka, ibu kepada dua orang anak ini berhak merasa bahagia dan tidak lagi disakiti.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Menurut Didie Alias, inilah jalan terbaik supaya jiwa dan raga Bella tidak lagi terseksa dengan perbuatan khianat suami sendiri.

Katanya lagi, Allah SWT akan sentiasa ada selagi mana ibu-ibu menjaga anak dengan sepenuh hati.

Kredit: Instagram Bella Astillah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.