Konon ajak pergi dating, Dini Schatzmann sebak ditipu Janna Nick -“Ini kereta impian saya!”

EntertainmentLifestyle
22 Feb 2025 • 4:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Dini Schatzmann gagal menahan sebak apabila menerima hadiah berupa sebuah kereta daripada isteri tercinta, Janna Nick baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner memberitahu dia mahu memberi kejutan kepada Dini, namun dengan alasan keluar meluangkan masa bersama.

image is not available

Ketika Dini sedang membawa kereta, Janna memintanya untuk hentikan kenderaan dan tukar tempat duduk sebelum diberi kain penutup muka.

Janna kemudiannya meneruskan perjalanan bagi memberi kejutan buat suaminya dan memimpin Dini memasuki sebuah kedai.

image is not available

image is not available

image is not available

Dini Schatzmann sebak ditipu Janna Nick

Janna berkata, dia sudah menyimpan rahsia untuk menghadiahkan kereta tersebut kepada Dini sejak dua minggu lalu.

“Hari ini saya nak buat kejutan untuk Dini, nak bagi kereta baru. Saya simpan rahsia ini sudah lebih dua minggu.
“Saya tipu konon nak ajak dia pergi ‘dating’. Dia memang terkejut sangat sebab saya memang tak bagi beli kereta,” katanya dalam sebuah video.

Video yang kini menerima lebih 3.2 juta tontonan dalam TikTok, Dini dilihat menangis sebelum dipeluk dan ditenangkan Janna ketika menerima hadiah tersebut.

“Awak tidak perlu pun buat begitu. Ini kereta impian saya! Alhamdulillah,” tuturnya.

image is not available

image is not available

Janna dan Dini bagaimanapun tidak mendedahkan model kereta baharu tersebut namun rata-rata netizen mendakwa model kereta tersebut ialah Land Rover Defender.

Menjengah ke dalam komen, rata-rata netizen turut berasa sebak tetapi dalam masa sama terhibur dengan gelagat pasangan tersebut.

image is not available

image is not available image is not available image is not available image is not available

Mereka juga turut mendoakan agar pasangan tersebut segera dikurniakan cahaya mata.

Sekadar info, Dini dan Janna mendirikan rumah tangga pada 9 Jun 2023 selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

Sumber: IG Janna Nick