Kononnya Nak Buat Video ‘Healing’, Sekali Visor Helmet Tercabut Buat Ramai Geli Hati [Video]

22 Aug 2023 • 6:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ramai di kalangan pengguna media sosial pada hari ini suka membuat konten sebagai kenangan untuk diri sendiri.

Malah ada juga yang menjadikan sesuatu konten yang dilakukan itu sebagai kisah peribadi atau hanya sekadar mengikut trend semasa.

Konon buat konten nak healing sekali visor jatuh

Baru-baru ini, seorang lelaki turut tidak ketinggalan untuk melakukan konten kononnya dia seperti sedang mencari ketenangan (healing) sambil membawa motor sehingga membuat ramai terhibur.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Abang Visor, awalnya dia menaiki motosikal sambil menikmati pemandangan dengan menggunakan muzik latar belakang bertajuk ‘Kau Tigakan Cintaku’.

Sempat tahan sebelum visor jatuh ke atas jalan

Namun ketika dia sedang melihat ke arah kiri dan kanan, tiba-tiba visor daripada topi keledarnya terjatuh dipercayai akibat tiupan angin ke muka. Namun dia sempat menahan agar ia tidak jatuh ke atas jalan.

Mungkin ‘termalu’ sendiri atau berasa kelakar dengan insiden tersebut, Abang Visor kemudian ketawa sendirian di atas motor sambil meletakkan visor berkenaan di dalam bakul motosikalnya.

Perkara itu secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai netizen yang merasakan insiden tersebut lucu.

Ada juga yang terima kasih kerana telah membuatkan ramai para isteri terhibur dengan insiden itu selepas emosi dengan isu Abang Tesla berkahwin dua memandangkan dia menggunakan muzik yang sama dengan video yang tular baru-baru ini.

“Tak apa bang boleh healing lagi tu cuma visor je hilang”

image is not available

“Bang, terima kasih buat bini saya dan isteri orang lain yang tengah emosi pasal Abang Tesla gelak kuat.. termasuk saya yang dah nanah telinga ni tergelak”

image is not available

“Visor pun tak setia dah sekarang ni”

image is not available

Malah dalam satu lagi video yang dimuat naik, Abang Visor turut memaklumkan bahawa dia telah menampal semula visor tersebut pada topi keledar dengan menggunakan pita pelekat selepas ramai yang bertanya mengenainya.