‘Konsert ini jawapan apa orang fikirkan itu tak benar’

Entertainment
7 Aug 2026 • 3:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Konsert ini jawapan apa orang fikirkan itu tak benar’

PETALING JAYA – Penyanyi Noraniza Idris berharap kemunculannya sebagai artis jemputan pada Konsert Tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 17 Oktober depan menoktahkan spekulasi negatif mengenai status hubungannya dengan Biduanita Negara yang bertebaran dalam media sosial sebelum ini.

Menurut Noraniza, 55, dijemput sebagai penyanyi undangan sudah cukup membuatkan dirinya rasa dihargai, sekali gus menolak semua dakwaan negatif umum.

“Ini adalah konsert Siti dan saya tidak pernah meletakkan sebarang harapan besar. Bila dijemput, satu penghargaan yang sangat tinggi.

“Itu yang saya cuba fahamkan pada semua, sekurang-kurangnya bila orang buat provokasi atau bangkitkan perkara negatif lain, ini (konsert) adalah jawapan bahawa apa yang orang fikir itu sebenarnya tak benar.

“Macam-macam benda negatif diperkatakan dan mereka cuba ‘provoke’ saya terutama apabila kami sudah lama tidak menyanyi bersama,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dia yang popular dengan gelaran Ratu Irama Malaysia itu berterima kasih kepada Siti Nurhaliza kerana membantunya menjawab segala persoalan yang bermain dalam fikiran ramai menerusi konsert tersebut.

“Harap konsert ini adalah jawapan terbaik yang Siti tolong jawabkan bagi pihak saya untuk semua yang cetuskan provokasi sebelum ini.

“Kalau boleh kita nak hal yang baik dan hidup tenang saja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noraniza memaklumkan dia terlalu ambil pusing dakwaan-dakwaan negatif mengenai dirinya yang sering diperdebatkan netizen dalam media sosial.

“Saya jarang baca komen negatif sebab tak mahu sesakkan fikiran.

“Jadi, saya anggap semua itu sebagai satu bentuk motivasi untuk menjadi lebih baik setiap hari.

“Alhamdulillah syukur, sudah tidak perlu ingat yang lama-lama,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul spekulasi hubungan Noraniza dan Siti renggang susulan sudah lama tidak  menyanyikan lagu tradisional ikonik mereka, Hati Kama secara berduet dalam mana-mana acara.

Dakwaan tersebut terus terkubur apabila Siti mengumumkan Noraniza merupakan salah seorang penyanyi jemputan untuk konsert tradisional terbesarnya yang bakal didakan di TM Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain Noraniza, Haziq Rosebi dan dua lagi penyanyi Indonesia iaitu Lesti Kejora serta King Nassar juga bakal memeriahkan konsert tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Konsert ini jawapan apa orang fikirkan itu tak benar’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved