Konten AI akan Wajib dilabelkan ‘AI-generated’ – Fahmi Fadzil

LocalTechnology
18 Jul 2025 • 5:06 PM MYT
SenangCite
SenangCite

Kami menyampaikan isu bisnes dan kewangan yang mudah difaham dan kelakar!

image is not available

Dalam era globalisasi ini (cey), banyak salah faham dan penyebaran informasi palsu atau tidak tepat, terutamanya dengan penggunaan AI.

Tidak dinafikan AI adalah alat yang bagus untuk membantu kita dalam menyelesaikan tugas harian, tapi kebelakangan ni agak banyak isu yang mana penggunaan AI sama ada tidak bermoral, kurang tepat atau mendatangkan berita palsu yang viral se-Malaysia. Ambil contoh dari kes video Kereta Kabel Kuak Hulu yang memperdayakan sepasang warga emas untuk pergi ke tempat tersebut, sedangkan ia tidak wujud sama sekali.

image is not available

YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia memaklumkan bahawa kerajaan sedang merangka peraturan baru untuk konten yang dicipta menggunakan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024.

“Kita mahu wujudkan garis panduan yang jelas dan telus supaya orang ramai tahu apa yang mereka lihat, baca atau dengar itu adalah kandungan yang dibuat oleh AI. Ini penting untuk mengelak penipuan, fitnah dan penyamaran identiti.”

YB Fahmi Fadzil

image is not available

Kerajaan bercadang untuk menguatkuasakan peraturan ini dianggarkan dalam hujung tahun ini agar penyalahgunaan dan penipuan dapat ditangani dengan lebih efektif.