Kontrak Google Cloud Awantec dengan kerajaan dilanjutkan lagi sehingga 2027

LocalTechnology
21 Jul 2026 • 10:03 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kontrak Google Cloud Awantec dengan kerajaan dilanjutkan lagi sehingga 2027 Image from: Kontrak Google Cloud Awantec dengan kerajaan dilanjutkan lagi sehingga 2027 liza21/07/2026 - 10:03 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 21 Julai – AwanBiru Technology Bhd meneruskan peranannya sebagai penyedia perkhidmatan Google Cloud kepada kerajaan Malaysia selepas kontrak rangka kerja perkhidmatannya dilanjutkan bagi tempoh sehingga 12 bulan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata anak syarikat milik penuhnya, Awantec Systems Sdn Bhd bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Google Cloud Malaysia Sdn Bhd bersetuju melanjutkan perjanjian Cloud Framework Agreement (CFA) tersebut.

 

Lanjutan kontrak itu merupakan lanjutan kali ketiga bagi perjanjian CFA 1.0 dan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2027 atau sehingga perjanjian pengganti, CFA 2.0 mula berkuat kuasa, mengikut mana-mana yang terdahulu.

 

Perkhidmatan Awan Untuk Transformasi Digital Kerajaan

CFA 1.0 yang dimeterai pada 17 Mac 2022 diwujudkan bagi menetapkan skop serta terma asas pembelian perkhidmatan Google Cloud oleh kerajaan termasuk penggunaan penyelesaian pengkomputeran awan dalam menyokong keperluan digital sektor awam.

 

Melalui perjanjian berkenaan, Awantec bertindak sebagai rakan penyedia penyelesaian teknologi yang menyokong penggunaan perkhidmatan Google Cloud oleh agensi kerajaan.

 

Bagaimanapun, Awantec tidak mendedahkan nilai kontrak bagi lanjutan perjanjian tersebut.

 

Segmen Perisian Dan Perkhidmatan Jadi Pemacu Keuntungan

Dari segi prestasi kewangan, Awantec mencatatkan keuntungan bersih RM1.5 juta dengan hasil sebanyak RM65.9 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026.

 

Prestasi itu direkodkan selepas syarikat menukar tarikh akhir tahun kewangannya kepada 31 Disember 2025.

 

Segmen perisian dan perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada prestasi syarikat dengan merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.6 juta, manakala segmen bakat, konsesi dan perniagaan lain mencatatkan kerugian. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved