Konvensyen Pakatan Harapan 2026 diadakan 17 Mei ini di Johor

LocalPolitics
8 May 2026 • 10:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Konvensyen Pakatan Harapan 2026 diadakan 17 Mei ini di Johor
PH bakal menganjurkan Konvensyen Pakatan Harapan 2026 pada 17 Mei ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) bakal menganjurkan Konvensyen Pakatan Harapan 2026 pada 17 Mei ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Bertemakan ‘Tekad Madani, Harapan Rakyat’, konvensyen dari jam 8 pagi hingga 6 petang itu akan menjadi platform memperkukuh kesepaduan kepimpinan dan organisasi, menyelaras gerak kerja politik serta memperincikan hala tuju PH dalam mendepani cabaran semasa negara.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan bersama berkata, sebagai teraju Kerajaan Madani, PH terus memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi negara, kestabilan politik serta keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

"Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir menyampaikan amanat khas kepada perwakilan.

"Turut hadir pimpinan utama PH bagi memperkukuh kesatuan dan kesiapsiagaan menghadapi cabaran politik semasa," katanya pada Jumaat.

Kenyataan bersama itu turut melibatkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Syahredzan Johan.

Untuk rekod, kali terakhir Konvensyen PH diadakan adalah pada 2022.

Penganjuran semula itu mencerminkan komitmen berterusan PH dalam memperkukuh organisasi, memperkasa agenda reformasi dan memastikan aspirasi Kerajaan Madani terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved