Konvoi berakhir tragedi: Penunggang RXZ maut, dua motosikal bergesel

1 Sep 2026 • 10:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Konvoi berakhir tragedi: Penunggang RXZ maut, dua motosikal bergesel
Seorang lelaki maut selepas motosikal RXZ ditunggangnya terlibat kemalangan di Kilometer 406.3 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) .

KUALA BERANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal RXZ ditunggangnya terlibat kemalangan di Kilometer 406.3 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil-Telemong pada 11.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, kejadian berlaku semasa mangsa, Mohd Yusri Rusdi, 38, dari Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Kuala Terengganu dalam perjalanan pulang dari Cherating, Pahang bersama-sama rakannya.

"Kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal mangsa dari arah Ajil ke Telemong bergesel dengan motosikal RXZ rakannya menyebabkan mereka terjatuh.

"Sebuah kereta yang dipandu rakan mangsa dari arah sama kemudiannya melanggar mangsa sehingga tercampak ke kawasan longkang di kiri jalan manakala seorang lagi penunggang motosikal mengalami luka dan patah kaki kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat dan penunggang motosikal yang cedera juga dirawat di hospital sama. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved