
SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan dua kereta di Kilometer 127.4 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kepala Batas di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.04 tengah hari tadi.
“Penunggang motosikal Honda SilverWing GT, Lim Chai Wat, 50, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng, Tee Seew Yong, 50, mengalami kecederaan ringan.
“Penunggang motosikal Yamaha MT-09, Kan Chee Hong, 50, cedera parah selepas motosikalnya terjatuh di kawasan tebing,” katanya di sini.
Katanya lagi, pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat bagi membawa naik mangsa dari kawasan tebing ke tempat selamat dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Puyu sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, dua lagi pemandu Perodua Myvi yang turut terlibat dalam kemalangan itu, masing-masing berusia 47 dan 44 tahun, dilaporkan selamat.
Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 3.05 petang tadi. – KOSMO! ONLINE
The post Penunggang motosikal maut babit kemalangan empat kereta appeared first on Kosmo Digital.


![[VIDEO] 32 rumah Kampung Bukit Kapar rosak dilanda ribut](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-01-at-22.40.56-1024x682.jpeg)

![[VIDEO] Genting Sempah ke KL ‘melekat’, jalan licin berminyak](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-01-at-17.56.40-1024x768.jpeg)

