
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi kelaziman, setiap majikan akan melakukan proses temuduga sebelum melantik seseorang untuk bekerja di syarikat mereka.
Kebiasaannya, sesi tersebut akan dihujani dengan soalan dan latar belakang calon itu sendiri seperti pendidikan dan pengalaman kerja.
Malah, kebanyakan topik yang dibualkan hanyalah berkisar tentang jawatan yang dimohon.
Majikan Wajibkan Staf Botak Kepala, Tanda Sokongan Kepada NGO Kanser
Namun, lain pula dengan seorang wanita ini yang mempunyai pengalaman interview yang disifatkan pelik dan ‘unik’.
Menerusi perkongsian pengguna berkenaan di Thread @azweenmuzanicantik, dia berkongsi pengalaman temuduga bagi jawatan Jurutera Projek di sebuah syarikat minyak dan gas (O&G).
Melalui perkongsian itu, pengguna itu mendakwa antara syarat wajib yang perlu dipatuhi oleh staf adalah membotakkan kepala memandangkan majikan mereka kononnya penyokong Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pesakit kanser.
“Pengalaman temuduga paling bang*ng. Bos company call untuk interview.
“Company oil & gas katanya. Tapi ada syarat wajib. Syaratnya, staf wajib potong rambut botak sebab bos adalah penyokong NGO cancer walaupun staf bertudung,” tulisnya.
Majikan Siap Request Mahu Tengok Rambut Ketika Sesi Temuduga
Lebih mengejutkan, pengguna itu mendakwa majikan syarikat itu telah meminta untuk melihat rambutnya ketika sesi temuduga berlangsung.
Namun, pengguna itu bijak dan mempersoal hubungan di antara rambut dan jawatan tersebut.
“Masa interview, bos nak tengok rambut (ini paling tak boleh blah). Lepas tu, saya tanya apa kena mengena rambut dan kerja?
“Dia cakap sebab ‘saya ni support NGO kanser, so kena feel orang cancer, botak’.
“Lepas tu saya matikan fon, belum kerja bos dah gila, kalau dah kerja mereng!” tulisnya lagi.
Majikan Tawar Mahu Potong Sendiri Rambut Pekerja
Menerusi hantaran berasingan, pengguna itu menunjukkan bukti perbualan kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku pada sekitar tahun 2016.
Apa yang lebih menjadi perhatian adalah majikan syarikat berkenaan mendakwa dia sendiri akan memotong rambut staf perempuan selama tiga bulan memandangkan dia adalah bekas pendandan rambut.
Malah, majikan itu mendakwa itu adalah polisi syarikat yang perlu dipatuhi oleh setiap kakitangan.
Pun begitu, pengguna berkenaan dilihat tetap dengan pendirian dan menjaga maruahnya apabila menolak secara baik permintaan pelik majikan tersebut.
Rupanya Ramai Yang Pernah Terkena, Berhadapan Dengan Situasi Sama
Perkongsian yang mendapat lebih 62,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rupanya ramai pernah terkena dengan majikan berkenaan dan mendakwa dia menggunakan taktik sama kononnya mahu menyokong persatuan pesakit kanser.
Pada masa yang sama, ada yang berpendapat ia hanyalah satu penipuan malah dilihat sebagai satu fetish seksual (keinginan).
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sendiri sewaktu sesi temuduga yang disifatkan pelik bagi mereka.
Suka Kepada Rambut & Lihat Wanita Botak Adalah Satu Bentuk Fetish
Tahukah anda, suka kepada rambut dan melihat wanita botak adalah satu bentuk fetish.
Mempunyai keinginan atau ransangan seksual apabila melihat rambut dikenali sebagai Trikofilia atau hair fetishism.
Ia tertumpu kepada pelbagai jenis rambut atau bulu sama ada pada bahagian dada, ketiak mahupun bulu haiwan. Namun, kebiasaannya golongan ini lebih tertarik kepada rambut di kepala.
Manakala, keinginan atau ransangan seksual apabila melihat wanita yang botak pula dikenali sebagai Akomofilia.
Kecenderungan fetish ini tidak hanya melibatkan golongan lelaki tetapi juga wanita yang gemar melihat lelaki botak.
Sebagai info, sebarang perbuatan lisan atau bertulis yang mengandungi elemen seksual hingga boleh menimbulkan rasa tidak selesa terhadap jantina berbeza dikategorikan sebagai gangguan seksual.
Perkara ini termasuk di dalam Akta Kerja 1955 di bawah Pindaan 2012 sebelum ditambah baik pada tahun 2022.
Jangan terkejut, memanggil rakan sekerja dengan gelaran ‘sayang’ atau ‘dear’ juga boleh dikenakan tindakan.
Rangka Kerja Undang-Undang dan Tanggungjawab Majikan di Malaysia ⚖️🏢 1️⃣ Perlindungan Undang-Undang Terhadap Gangguan…
Posted by NUBE Malaysia on Tuesday 1 October 2024
Ini antara komen menarik pengguna Thread:
“Saya Rasa Saya Macam Tahu Syarikat Ni. Pernah Minta Dulu Dia Cakap Boleh Gunting Rambut Pendek Tak Sebab Pemilik Syarikat Tu Penyokong Kanser”

“Scammer Tu, Tak Pernah Pula Dengar Yang Betul-Betul Buat Macam Tu”

“Eeee Fetish Ni, Bayangkan Orang Macam Ni Pegang Rambut Kita”

“Dia Nak Staf Lelaki Botak Tak Pe Lagi, Ini Nak Tengok Rambut Staf Perempuan, Memang Gila Bos Macam Ini”

Baca Artikel Berkaitan: Penjawat Awam Boleh Dikenakan Tindakan Sekiranya Panggil Rakan Sekerja “Sayang” Atau “Dear”
Baca Artikel Berkaitan: Tular Pemuda Rakam Wanita Mengandung Di Pasaraya, Pakar Mental Perjelas Apa Itu Maiesiophilia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]
Source:



![“Anak Lebih Patuh Arahan Guru”- Pelajar Menangis Kerana Ayah Ubah Skrip Pidato Buat Ramai Boleh Relate [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
![Janna Nick Jadi Bualan Hangat Gara-Gara Sebut Perkataan ‘Perempuan Gila’ Dalam Podcast Bersama Fattah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)
![Pak Arab Terjumpa TokTi & Persoal ‘Siapa Dia’, Netizen Pula Bagi Jawapan Merapu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
