
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam hidup ini, kita pasti pernah dibelanja makan dan minum oleh atau kita yang membelanja, tidak kira sama ada keluarga, kawan-kawan atau mungkin orang yang tidak dikenali.
Kebiasaannya, apabila seseorang dibelanja pasti balasan yang diberikan sebagai tanda menghargai perbuatan itu adalah ucapan ‘terima kasih’. Dan mungkin ada yang berniat ingin membelanja individu itu pula nanti.
Persoalanya, selain ucapan terima kasih dan niat untuk belanja semula, balasan apa lagi yang kita boleh berikan sebagai umat Islam?
Lelaki kongsi doa untuk dibaca sebagai balasan selepas dibelanja
Sususulan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Azri At-Tirmidzi telah berkongsi di akaun Facebook miliknya pada baru-baru ini mengenai doa yang boleh dibaca kepada insan murni yang telah membelanja.
Menurutnya, doa ini diajar oleh Nabi Muhammad SAW tanpa perlu menyebut nama satu persatu individu yang pernah membelanja kita.
Doanya adalah:
اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَاسْقِ مَنْ سَقَانِي
Rumi: Allahumma ath’im man ath’amanii wasqi man saqaa-nii
“Ya Allah, berilah makanan orang yang memberi aku makan dan berilah minuman orang yang memberi aku minum.”
HR. Muslim, No. 2055
Biar Allah SWT yang membalas kebaikan mereka
Menurutnya lagi, doa ini sebaiknya dibaca setiap hari terutama dalam solat kerana doa ini lebih menyeluruh merangkumi sesiapa sahaja yang pernah memberi atau membelanja kita, walaupun hanya sekali seumur hidup.
“Kalau kita ingin membalas kebaikan mereka dengan perbuatan yang sama (belanja), mungkin rezeki kita sendiri pun sekadar cukup-cukup. Maka, mintalah kepada Allah agar Dia yang membalas kebaikan mereka kerana Allah yang mampu memberi ganjaran berlipat kali ganda iaitu lebih besar daripada apa yang pernah mereka berikan kepada kita.
“Mungkin ada waktu tertentu, mereka melalui kesempitan rezeki, tetapi berkat doa kita, Allah bukakan jalan rezeki untuk mereka. Atau mungkin mereka hampir ditimpa musibah, namun doa kita menjadi sebab Allah lindungi mereka daripada bencana itu.
“Kita serahkan saja kepada Allah. Dia tahu bila dan bagaimana waktu yang terbaik untuk membalas kebaikan mereka,” katanya.
Tak semua yang memberi adalah orang berada
Azri turut mengingati bahawa tidak semua individu yang memberi adalah orang berada atau kaya kerana ada yang membelanja kerana ingin mengembirakan seseorang atau sekadar ingin berbuat kebaikan meskipun diri sendiiri dalam keadaan serba kekurangan.
“Jadi, balaslah kebaikan mereka dengan doa Nabi ini, kerana setiap kali kita mengamalkan doa yang Baginda baca (atau ajar), maka kita juga akan diberi pahala kerana mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW. Amalkan dan jangan tinggal, walau sehari,” tegasnya.


![Boleh Ke Letak Nama Nabi & Manusia Pada Haiwan Peliharaan? Ini Yang Patut Korang Tahu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
![“Ayam RM1 Pun Besar Lagi”- Lelaki Kecewa ‘Grilled Chicken’ Dipesan Kecil Untuk Harga RM5 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

![Tular Dakwaan Air Paip Seperti Kopi Di Sebuah IPT Undang Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/home-and-living.jpeg)