“Korang tak rasa malu dengan Allah?” – Tareq Fit ‘Sound’ Jenama Peraga Ihram

19 Jan 2026 • 5:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Biarpun dirinya kini dihimpit dengan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini, ia tidak menghalang TikToker, Tareq Fit untuk terus membuat teguran.

Seperti yang kita sedia maklum, media sosial kini hangat dengan isu satu jenama baju melayu membuat peragaan ihram dalam satu acara.

Ia telah mengundang kecaman hebat dan menjadi pertikaian ramai netizen kerana bagi mereka, pakaian ibadah itu sangat tidak wajar diperagakan di pentas fesyen sambil berlatarkan muzik.

image is not available

Ini kerana ihram tidak sama dengan pemakaian kain pelekat, baju melayu, telekung solat, kopiah, serban dan sebagainya kerana ihram bukanlah pemakaian tradisi masyarakat tetapi satu syariat. image is not available

Dalam video tersebut, dapat dilihat dengan jelas seorang model lelaki memakai ihram untuk diperagakan sambil disorak oleh penonton.

image is not available

Perkara ini menarik perhatian Tareq Fit untuk memberi pandangan mengenai isu ini. Menerusi Threads miliknya, Tareq turut mempersoalkan tindakan jenama yang menggunakan pakaian ibadat itu untuk diperagakan.

image is not available

Rata-rata netizen dilihat menyokong Tareq Fit dalam hal ini dan mengatakan bahawa apa yang dipersoal dan dikatakan olehnya itu adalah satu perkara yang betul.

image is not available image is not available

Sumber :Threads 

Sumber: ThreadSumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.