Korea Selatan Laksana Larangan Tiga Tahun Jika Calon Peperiksaan Menipu Menggunakan Cermin Mata AI

WorldTechnology
30 Oct 2026 • 5:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peperiksaan College Scholastic Ability Test (CSAT) atau Suneung diambil pelajar yang ingin memasuki universiti. Kebelakangan ini, kes penipuan menggunakan cermin mata pintar dengan kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat oleh pelajar yang mengambil Suneung dengan 5 kes dicatatkan antara Mei hingga Jun.

Image from: Korea Selatan Laksana Larangan Tiga Tahun Jika Calon Peperiksaan Menipu Menggunakan Cermin Mata AI

Sebagai langkah mengelakkan insiden bertambah tinggi, Korea Selatan mahu memperketat hukuman yang dikenakan. Pelajar yang ditangkap menipu akan diharamkan mengambil Suneung selama tiga tahun yang merupakan peningkatan daripada satu tahun sebelum ini.

Kementerian Pendidikan Korea Selatan juga telah memasukkan cermin mata AI ke dalam senarai barangan terlarang dalam peperiksaan sejak Julai. Pengawas peperiksaan telah dilatih mengenal pasti cermin mata pintar. Kerajaan turut meneliti penggunaan pengesan frekuensi radio (RF) untuk mengesan peranti elektronik yang tidak dibenarkan.

Korea Selatan seperti China mula berdepan pelajar yang semakin licik menipu menggunakan teknologi terkini. Kami laporkan Mac lalu, perkhidmatan menyewa cermin mata pintar ditawarkan di China untuk membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan Bahasa Inggeris dan Matematik. Cermin mata pintar keluaran Meta, Rokid dan Ali Baba boleh disewa pada kadar $6-$12 sahaja sehari.

Tahun lalu Bytedance, Tencent, DeepSeek dan Ali Baba menggantung sementara chatbot AI mereka semasa peperiksaan gaokao untuk memasuki universiti berlangsung bagi mengelakkan penipuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved