Laporan psikiatri pelajar tikam rakan sekolah disebut 22 September

11 Aug 2026 • 12:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Laporan psikiatri pelajar tikam rakan sekolah disebut 22 September

KUALA LANGAT – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 22 September depan bagi sebutan semula laporan penilaian psikiatri seorang pelajar perempuan yang didakwa menikam rakan sekolahnya di Banting, bulan lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan Majistret Maslinda Selamat selepas dimaklumkan laporan berkenaan masih belum disiapkan.

Prosiding hari ini berlangsung tanpa kehadiran tertuduh berusia 15 tahun.

Terdahulu, tertuduh telah didakwa pada 10 Julai lalu dengan dengan diperintah menjalani penilaian dan rawatan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa cuba membunuh pelajar perempuan seusianya dengan cara menikam mangsa menggunakan sebilah pisau dengan mempunyai niat menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan di kawasan sebuah sekolah menengah di Bandar Banting kira-kira pukul 9.50 pagi, Isnin lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan rasa tidak puas hati serta perasaan terpendam terhadap beberapa individu yang didakwa membulinya dipercayai antara faktor yang mendorong suspek bertindak menikam mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati dakwaan suspek berkaitan kejadian buli itu masih belum disokong dengan keterangan yang membuktikan insiden berkenaan benar-benar berlaku. – KOSMO! ONLINE

 

The post Laporan psikiatri pelajar tikam rakan sekolah disebut 22 September appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved