Kos kekal, bakal haji lega

LocalPersonal Finance
10 Sep 2026 • 6:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

KECEKALAN Nabi Muhammad SAW berdakwah antara sebab Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia.

PETALING JAYA: Keputusan Tabung Haji (TH) mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang bagi musim 1448H/2027M buat tahun keempat berturut-turut, memberi kelegaan kepada rakyat.

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Md Daud Che Ngah berkata, pengumuman berke­naan disambut dengan rasa syukur kerana ia berlaku di tengah tekanan kos hidup dan inflasi yang dihadapi rakyat pada masa ini.

“Saya memberi penghargaan yang tinggi kerana keada­an yang sebelum ini tidak stabil kini dapat dikekalkan dalam kadar yang sama,” katanya.

Utusan Malaysia melaporkan bayaran haji kekal empat tahun berturut-turut pada RM33,300 seorang bagi musim 1448H/2027M, meskipun ber­depan tekanan inflasi dan kenaikan kos perkhidmatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Ha­san berkata, keputusan men­gekalkan kos haji Muassasah itu dibuat bagi memastikan ibadah haji dapat dilaksanakan secara mampan dan saksama, di samping meringankan beban bakal jemaah.

Sementara itu, beliau berkata, kelegaan ini amat dirasai memandangkan kenaikan kos sebelum ini bukanlah sesuatu yang kekal. Sebaliknya, ia sentiasa berubah mengikut keada­an semasa. Ia menjadikan pengekalan kos amat dialu-alukan.

Katanya, konsep subsidi kos haji perlu dilihat me­nurut kerangka sebenar syariat Islam, bukan sekadar mengikut andaian umum masyarakat.

Dalam pada itu, Md Daud berkata, konsep subsidi sebenarnya tidak wujud dalam pengurusan haji menurut ajaran Islam kerana setiap bakal jemaah dikehendaki menyim­pan dan membiayai sendiri kos untuk menunaikan ibadah tersebut.

“Sepatutnya kos haji dan memastikan kita sihat tubuh badan semua diatas tanggungjawab sendiri. Negara kita yang mewujudkan konsep bantuan atau subsidi ini.

“Syarat istita’ah atau kemampuan dalam Islam me­rangkumi beberapa aspek penting termasuk kemampuan kewangan, kesihatan yang baik, kenderaan atau pengangkutan untuk pergi dan pulang, serta keselamatan sepanjang perjalanan,” katanya. – UTUSAN

The post Kos kekal, bakal haji lega appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved