KPDN rampas pelbagai produk penjagaan kulit disyaki tiruan

LocalBeauty
30 Jul 2026 • 2:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KPDN rampas pelbagai produk penjagaan kulit disyaki tiruan

KAJANG – Pelbagai produk penjagaan kulit disyaki tiruan dirampas dalam serbuan di sebuah premis yang dijadikan stor simpanan barang di Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Serbuan bermula pukul 11.30 pagi itu dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Kajang hasil maklumat dan risikan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor, Mohd. Hanizam Kechek berkata, operasi yang dijalankan bersama wakil pemilik cap dagangan telah merampas 249 unit produk disyaki tiruan bernilai RM3,314.

“KPDN membongkar kegiatan penjualan produk penjagaan kulit yang disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran. Kegiatan ini disyaki telah beroperasi sejak Jun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi membanteras penyalahgunaan cap dagangan sekali gus melindungi hak pemilik harta intelek serta memastikan pengguna tidak terpedaya dengan produk tiruan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati menjual barangan menggunakan cap dagangan berdaftar secara tidak sah.

Jelasnya, orang ramai dan para peniaga turut dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang bagi mengelakkan dikenakan tindakan. – KOSMO! ONLINE

The post KPDN rampas pelbagai produk penjagaan kulit disyaki tiruan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved