Produk penjagaan kulit tiruan dirampas

LocalBeauty
30 Jul 2026 • 1:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Produk penjagaan kulit tiruan dirampas
Penguat kuasa KPDN menyerbu sebuah stor penyimpanan barang di Kajang dan merampas produk penjagaan kulit disyaki tiruan pada Selasa. Foto: KPDN

SERI KEMBANGAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu stor simpanan barang di sini dan merampas produk penjagaan kulit disyaki tiruan pada Selasa.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor, Mohd Hanizam Kechek berkata, serbuan pada jam 11.30 pagi itu yang dijalankan bersama wakil pemilik cap dagangan telah merampas 249 unit produk terbabit bernilai RM3,314.

"KPDN membongkar kegiatan penjualan produk penjagaan kulit yang disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran.

"Kegiatan terbabit dipercayai telah beroperasi sejak Jun lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi membanteras penyalahgunaan cap dagangan sekali gus melindungi hak pemilik harta intelek serta memastikan pengguna tidak terpedaya dengan produk tiruan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati menjual barangan menggunakan cap dagangan berdaftar secara tidak sah.

Jelasnya, orang ramai dan peniaga turut dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang bagi mengelakkan dikenakan tindakan.

"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barangan tiruan atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved