KPDN Selangor keluar enam kompaun terhadap premis perniagaan

LocalBusiness & Finance
20 Sep 2026 • 5:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KPDN Selangor keluar enam kompaun terhadap premis perniagaan

SHAH ALAM, 20 SEPT: Enam kompaun dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor susulan pemeriksaan terhadap beberapa premis perniagaan, semalam.

KPDN Selangor memaklumkan tindakan itu diambil susulan beberapa aduan orang awam yang diterima menerusi rangkaian sistem aduan kementerian.

“Sepanjang pemeriksaan dilakukan, enam tindakan kompaun serta-merta di tempat kejadian telah dilakukan atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya menerusi Facebook.

Operasi semalam itu dilaksanakan anggota penguat kuasa KPDN Selangor di premis perniagaan sekitar Paya Jaras Sungai Buloh, Kampung Melayu Subang dan Shah Alam.

Menurutnya, pemeriksaan memberi tumpuan khusus kepada isu ketiadaan tanda harga pada barangan yang dijual selain pematuhan terhadap perundangan yang dikuatkuasakan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati premis diperiksa secara menyeluruh meliputi aspek pelabelan harga, paparan tanda harga serta pematuhan terhadap akta dan peraturan berkaitan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Tindakan kompaun berkenaan dikeluarkan atas kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pemeriksaan itu turut memastikan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan khususnya berkaitan pelabelan dan paparan tanda harga kepada pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved