
Tuaran: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tuaran menyita sebanyak 29,000 liter diesel dalam serbuan sebuah stor tidak bernombor di Kampung Lok Batik, Tuaran di sini, Khamis lalu.
Serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu turut merampas empat skid tangki dan seunit pam elektronik menjadikan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah sebanyak RM107,000.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Tuaran, Saripuddin Moleng berkata, dua lelaki warga tempatan yang dipercayai pekerja stor di lokasi turut ditahan.
