KPKM Perkukuh Pemantauan Tata Kelola, Integriti Dan Kewangan Agensi

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 12:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

KPKM Perkukuh Pemantauan Tata Kelola, Integriti Dan Kewangan Agensi

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan terus memperkukuh pemantauan terhadap aspek tata kelola, integriti dan pengurusan kewangan di semua agensi serta anak syarikat di bawah kementerian itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan setiap organisasi di bawah KPKM diurus secara telus, berintegriti serta mematuhi sepenuhnya peraturan dan tatacara yang ditetapkan.

“Saya mahu setiap organisasi di bawah KPKM diurus secara telus, berintegriti dan mematuhi sepenuhnya peraturan serta tatacara yang ditetapkan.

“Sebarang kelemahan dalam pengurusan, ketidakpatuhan atau perkara yang boleh menjejaskan kepentingan awam hendaklah dikenal pasti dan diambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, pengurusan agensi dan anak syarikat juga perlu memastikan setiap keputusan, perolehan serta penggunaan dana awam dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan boleh dipertanggungjawabkan.

“KPKM tidak akan berkompromi dalam soal integriti dan tata kelola. Amanah rakyat mesti dijaga dan setiap ringgit wang awam perlu diurus dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Kenyataan itu susulan laporan Berita Harian mengenai penahanan seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembekal baja yang dikaitkan dengan isu kelewatan pengagihan input pertanian di Kedah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, penahanan itu dibuat susulan siasatan terhadap sebuah syarikat pembekal Baja Sebatian Tambahan (Baja 3) di Kedah.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan seramai 13 saksi telah dipanggil dan dirakam percakapan, membabitkan Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), empat pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) serta lapan kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Siasatan awal mendapati sebuah syarikat sepatutnya membekalkan 616,015 beg baja, namun sehingga September ini hanya 333,655 beg dibekalkan, menyebabkan kekurangan sebanyak 282,360 beg.

Aduan berkenaan dibuka pada 26 Ogos lalu dan berkait dakwaan kegagalan syarikat pembekal baja, TaaVeeKun Manufacturing Sdn Bhd (Taaveekun), yang dilantik KPKM untuk membekal, menghantar serta mengedar Baja 3 di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) di kawasan MADA.

Kawasan terbabit melibatkan keluasan 100,000 hektar bagi keperluan tanaman Musim 1 dan Musim 2 tahun ini, untuk tempoh setahun serta membabitkan kira-kira 60,000 pesawah.

Baca juga:

Justeru, KPKM melantik Taaveekun untuk membekalkan 1.23 juta beg atau bersamaan 30,800 tan baja bagi tempoh dua musim tahun ini, dengan nilai tender sebanyak RM108,615,764.80.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved