MCCC perkukuh kerjasama masyarakat-PDRM bendung jenayah

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 8:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Pelajar ditikam dengan kerambit

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCCC) terus memperkukuh peranannya sebagai penghubung antara masyarakat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah serta meningkatkan kesedaran keselamatan awam.

Pengerusi MCCC Pahang, Daniel Khoo berkata, kerjasama erat antara masyarakat dengan pihak polis amat penting bagi memastikan maklumat berkaitan kegiatan jenayah dapat disampaikan dengan lebih berkesan, sekali gus membantu usaha pencegahan dan penguatkuasaan.

Katanya, pendekatan itu turut membuka ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan isu keselamatan dan jenayah, selain menggalakkan mereka memainkan peranan lebih aktif dalam menjaga ketenteraman di kawasan masing-masing.

“Hubungan rapat antara masyarakat dengan polis amat penting kerana maklumat yang diperoleh daripada masyarakat boleh membantu pihak polis dalam usaha mencegah dan menangani jenayah.

“Dalam hal ini, MCCC berperanan merapatkan hubungan antara polis dengan masyarakat supaya wujud saluran komunikasi yang lebih terbuka dan berkesan,” katanya.

Image from: MCCC perkukuh kerjasama masyarakat-PDRM bendung jenayah

Dalam pada itu, Daniel berkata, pengalaman luas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam bidang kepolisan dan penguatkuasaan terus memberi nilai tambah kepada usaha MCCC memperkukuh agenda pencegahan jenayah.

Katanya, meskipun sudah bersara daripada jawatan rasmi, Musa masih aktif memberi pandangan dan khidmat nasihat kepada masyarakat berkaitan isu keselamatan serta jenayah.

“Walaupun Tan Sri Musa telah bersara sebagai Ketua Polis Negara, semangat beliau untuk membantu masyarakat dan mengambil berat tentang keselamatan rakyat masih terus berkobar.

“Beliau sentiasa dihormati dan dihubungi masyarakat untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam isu jenayah dan keselamatan negara. Hubungan mesra beliau dengan masyarakat juga sangat dihargai,” katanya-UTUSAN

The post MCCC perkukuh kerjasama masyarakat-PDRM bendung jenayah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved