KPKT sasar 10,000 sekolah sertai Hari Cuci Malaysia 2026

LocalEnvironment
11 Sep 2026 • 8:13 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KPKT sasar 10,000 sekolah sertai Hari Cuci Malaysia 2026

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperluas usaha membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan gene­rasi muda menerusi kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan (KPM) sempena penganjuran Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026.

Kerjasama tersebut bakal melibatkan 10,000 sekolah di seluruh negara dengan penyer­taan murid dalam HCM 2026 diiktiraf di bawah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), sekali gus menggalakkan penglibatan aktif generasi muda dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Pada tahun ini, HCM 2026 menyasarkan penyertaan se­rentak 200,000 peserta di seluruh negara, selain menyasarkan dua rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan serentak tersebut dan pengumpulan 28,000 kilogram barangan kitar semula.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, penglibatan generasi muda merupakan antara pendekatan penting dalam usaha membentuk budaya kebersihan sebagai amalan dan tanggungjawab bersama.

“Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa atau pekerja pembersihan. Kebersihan ialah tanggungjawab kita bersama dan cerminan budaya serta jati diri negara.

“HCM perlu menjadi titik tolak kepada perubahan sikap dan amalan yang berterusan, bukan sekadar program sehari,” katanya ketika menyem­purnakan Majlis Pra-Pelancaran HCM 2026 di Pasar Tani Presint 4, di sini semalam.

Menurut KPKT, penganjuran HCM 2026 semakin signifikan apabila Malaysia merekodkan penjanaan sisa sebanyak 14.5 juta tan metrik pada tahun 2024, yang dijangka meningkat kepada 17 juta tan metrik menjelang 2035 sekiranya amalan semasa berterusan.-UTUSAN.

The post KPKT sasar 10,000 sekolah sertai Hari Cuci Malaysia 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved