KPKT Semak Semula Sistem CCC, Fokus Kurangkan Birokrasi Dan Percepat Kelulusan

22 Jun 2026 • 10:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

pam kpkt 2 ft

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menjalankan semakan menyeluruh terhadap rangka kerja Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta ekosistem kelulusan dan pensijilan pembangunan bagi memastikan sistem kawal selia kekal responsif dan menyokong pembangunan bandar yang mampan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menilai semula rangka kerja CCC yang diperkenalkan sejak 2007 itu.

pam kpkt 1

“Semakan ini akan menumpukan kepada pengurangan kerenah birokrasi, meningkatkan kecekapan melalui integrasi digital, menutup kelompangan kawal selia serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan sambil menjaga kepentingan awam,” katanya dalam ucapan pada Majlis Anugerah Presiden PAM 2026 dan Makan Malam Tahunan ke-102.

Beliau berkata Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) turut akan dilibatkan dalam proses tersebut bagi memastikan pandangan profesional industri diambil kira.

Artikel berkaitan: KPKT Saran PBT Kurangkan Sewa Premis Hingga Akhir 2026 Demi Ringankan Beban Peniaga Kecil

Pada masa sama, KPKT sedang meneliti cadangan membenarkan arkitek bertauliah mengemukakan permohonan perintah pembangunan bagi mempercepatkan proses dan mengurangkan kos.

pam kpkt 2

Menurut Nga, Malaysia kini mempunyai lebih 500 juta kaki persegi bangunan berindeks hijau, mencerminkan kerjasama awam-swasta dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Terdahulu, beliau menerima Anugerah Presiden PAM 2026, sekali gus menjadi penerima kelima anugerah itu dalam sejarah 102 tahun PAM.

pam kpkt 4

Pada majlis sama, Nga turut mengumumkan sumbangan RM30,000 daripada KPKT untuk Festival Seni Bina Kuala Lumpur (KLAF) 2026.

Sumber: Berita RTMSumber: FacebookSumber: FacebookSumber: FacebookSumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved