KPM batal kejohanan ragbi SBP selepas kematian murid

4 Oct 2025 • 2:04 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Kementerian Pendidikan telah mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.

Keputusan ini dibuat selepas kejadian seorang murid yang menyertai kejohanan tersebut meninggal dunia secara mengejut semalam.

KPM dalam kenyataan rasmi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid terbabit.

Pembatalan kejohanan sehingga esok dan penjadualan semula dilakukan sebagai menghormati pemergian murid tersebut.

Allahyarham rebah ketika perlawanan dan menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan bertugas.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia di sana.

Seluruh warga KPM mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. – Bernama