Pihak KPM Batalkan Kejohanan Ragbi Susulan Pelajar Meninggal Dunia Ketika Pertandingan

Entertainment
4 Oct 2025 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, negara dikejutkan dengan berita seorang pelajar lelaki sekolah menengah berusia 16 tahun yang meninggal dunia ketika sedang menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat kebangsaan 2025 di Ipoh, Perak.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Terkini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi suatu kenyataan di Facebook rasmi KPM mengumumkan mereka akan membatalkan kejohanan yang sepatutnya berlangsung sehingga esok.

Difahamkan, kejohanan tersebut akan dijadualkan semula pada satu tarikh baharu sebagai menghormati pemergian Allahyarham adik Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman.

image is not available

Difahamkan, ketika pelajar berusia 16 tahun tersebut rebah ketika perlawanan, mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan yang bertugas.

Mangsa kemudiannya dibawa secepat mungkin ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Pihak KPM turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.