KPT mohon bajet tambahan, fokus kerja baik pulih kemudahan IPT- Zambry

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 3:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KPT mohon bajet tambahan, fokus kerja baik pulih kemudahan IPT- Zambry

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berharap menerima pertambahan peruntukan menerusi Bajet 2027 bagi memperkukuh pembangunan serta kebajikan pelajar di institusi pendidikan tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, tambahan peruntukan diperlukan bagi menampung keperluan pembangunan, pengurusan serta usaha menaik taraf kemudahan institusi pendidikan tinggi.

Menurut beliau, antara perkara yang menjadi perhatian ialah keadaan kemudahan di universiti, politeknik dan kolej komuniti yang memerlukan kerja baik pulih.

Katanya, terdapat kemudahan yang sudah lama dan memerlukan penambahbaikan bagi memastikan kebajikan serta keselesaan pelajar terus terpelihara.

“Kita perlu melihat dalam aspek kebajikan pelajar terutamanya dari segi tempat (kemudahan) pelajar di univesiti, politeknik dan kolej komuniti yang memerlukan langkah baik pulih.

“Ada yang sudah terlalu lama (perlu diselenggara dan baik pulih),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Akademia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Universiti Malaya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementerian sentiasa menitik beratkan soal kebajikan agar semua pelajar di IPT dapat belajar dengan selesa dengan kemudahan yang lengkap.

“Ini merupakan antara perkara yang menjadi perhatian kementerian dan kerajaan memahami perkara yang tersebut. Sebab itulah langkah-langkah kehadapan telahpun kita susun,”katanya.-KOSMO! ONLINE

The post KPT mohon bajet tambahan, fokus kerja baik pulih kemudahan IPT- Zambry appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved