Krisis Istana: 10 Bekas Exco Negeri Sembilan Tarik Balik Prosiding Cabar Kesahan Penyingkiran

LocalPolitics
18 Nov 2026 • 12:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Krisis Istana: 10 Bekas Exco Negeri Sembilan Tarik Balik Prosiding Cabar Kesahan Penyingkiran

SEREMBAN - Sepuluh bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan menarik balik prosiding undang-undang bagi mencabar kesahan penyingkiran mereka daripada pentadbiran kerajaan negeri di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Peguam yang mewakili mereka, Datuk Mohd Hafarizam Harun, memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Roz Mawar Rozain, dengan menyatakan anak guamnya bersetuju menarik balik tindakan berkenaan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula prosiding.

Penarikan balik itu turut meliputi tiga set persoalan yang dikemukakan bekas anggota Exco berkenaan kepada Mahkamah Persekutuan dalam tindakan mencabar penyingkiran mereka. - Getaran, 18 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved