Krisis istana: Bekas ahli Exco NS diambil keterangan

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 12:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Krisis istana: Bekas ahli Exco NS diambil keterangan

SEREMBAN – Beberapa bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dilihat hadir ke Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) di sini hari ini bagi memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman.

Pihak media yang berada di lokasi mendapati beberapa Exco antaranya wakil UMNO Datuk Faizal Ramli (Linggi), Datuk Mustapha Nagoor (Palong) serta Fairuz Isa daripada PAS (Serting) hadir sekitar pukul 10 hingga 11 pagi tadi.

Difahamkan mereka hadir bagi memberi keterangan berhubung kemelut pentadbiran negeri itu.
Pada 20 September lalu, pihak Istana Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 Exco terbabit yang berkuat kuasa serta-merta sebelum perkara itu diwartakan.

Kesemua 10 ahli Exco tersebut terdiri daripada wakil UMNO, iaitu Datuk Mustapha Nagoor (Palong); Datuk Faizal Ramli (Linggi); Datuk Zaiful Bahri Idris (Chembong); Datuk Razi Ali (Sungai Lui); Datuk Mohd Asna Amin (Lenggeng); Siti Nur Umaira Hasim (Labu); dan Suhaimizan Bizar (Gemencheh).

Tiga lagi terdiri daripada wakil MCA Siow Kong Choon (Chennah); Fairuz Isa daripada Pas (Serting); serta Datuk Razali Abu Samah (Sikamat) daripada Wawasan.

Warta itu juga memaklumkan berdasarkan Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Exco selain daripada Menteri Besar memegang jawatannya selama diperkenan oleh Tuanku Muhriz.-KOSMO! ONLINE

The post Krisis istana: Bekas ahli Exco NS diambil keterangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved