Semua bekas Exco diarah pulangkan kenderaan rasmi

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 4:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Semua bekas Exco diarah pulangkan kenderaan rasmi

SEREMBAN: Semua 10 bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan yang pelantikannya ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, diarah memulangkan kenderaan rasmi mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin berkata, kenderaan rasmi kerajaan negeri yang digunakan beliau dan bekas Exco lain akan dipulangkan hari ini selepas menerima surat arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya pun tak baca surat itu tadi, tapi kita diminta pulangkan, jadi kita kena pulangkan semua barang-barang (rasmi kerajaan), kita pulangkanlah kenderaan hari ini,” katanya ketika ditemui di Menara MAINS di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan arahan berkenaan.

Pada 20 September lalu, Istana Negeri Sembilan mengumumkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 Exco terbabit berkuat kuasa serta-merta sebelum perkara itu diwartakan.

Kesemua 10 Exco berkenaan terdiri daripada tujuh wakil UMNO iaitu Datuk Mustapha Nagoor , Datuk Faizal Ramli, Datuk Zaiful Bahri Idris , Datuk Razi Ali, Datuk Mohd. Asna Amin , Siti Nur Umaira Hasim dan Suhaimizan Bizar .

Tiga lagi ialah wakil MCA, Siow Kong Choon ; wakil Pas, Fairuz Isa ; dan wakil Wawasan, Datuk Razali Abu Samah.

Warta berkenaan turut memaklumkan bahawa berdasarkan Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Exco selain Menteri Besar memegang jawatannya selama diperkenan oleh Tuanku Muhriz.-UTUSAN

The post Semua bekas Exco diarah pulangkan kenderaan rasmi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved