Krisis Politik Negeri Sembilan Tidak Jejaskan Kerajaan Persekutuan - Fahmi

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 5:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Krisis politik dan pentadbiran yang berterusan di Negeri Sembilan tidak menjejaskan hubungan dalam kerajaan persekutuan Malaysia.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkembangan tersebut terutamanya yang melibatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di peringkat negeri, kekal setempat dan tidak mengganggu tadbir urus persekutuan.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Kerajaan Persekutuan bagaimanapun amat prihatin terhadap apa yang berlaku.

“Ini adalah sesuatu yang mungkin unik bagi Negeri Sembilan, tetapi di peringkat kerajaan perpaduan, kami pastinya sangat prihatin terhadap apa yang sedang berlaku.

“…dan di peringkat kepimpinan, kami tahu bahawa PH Negeri Sembilan telah membuat pengumuman semalam, dan di peringkat pusat, saya percaya kepimpinan akan menentukan hala tuju,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Keselamatan Dalam Talian Asia Pasifik 2026 hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. - Getaran, 28 April 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved