[KRONOLOGI] Kes bunuh, bakar kekasih hamil

Local
16 May 2026 • 2:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [KRONOLOGI] Kes bunuh, bakar kekasih hamil
Kes bunuh dan bakar seorang wanita hamil empat bulan di Sungai Besar pada Mei 2023 kembali menjadi perhatian apabila mahkamah menggantikan hukuman gantung terhadap Muhammad Fakrul Aiman Sajali kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan.

KES bunuh dan bakar seorang wanita hamil empat bulan di Sungai Besar pada Mei 2023 kembali menjadi perhatian apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Mei lalu menggantikan hukuman gantung terhadap Muhammad Fakrul Aiman Sajali kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan.

Kes berprofil tinggi itu mendapat perhatian ramai selepas mangsa, Nur Anisah Abdul Wahab, 21, ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sabak Bernam.

Berikut kronologi kes bunuh dan bakar kekasih hamil tersebut:

 

23 Mei 2023 (8 pagi)

- Mayat seorang pelayan restoran yang hamil empat bulan ditemui dalam keadaan terbakar oleh orang awam di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Kejadian pembunuhan dipercayai berlaku antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023.

 

23 Mei 2023 (1.45 tengah hari)

- Seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun ditahan di sebuah kediaman di sekitar Sungai Besar. Siasatan awal mendapati motif pembunuhan kerana mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit.

 

25 Mei 2023

- Polis mengambil keterangan 10 individu berusia 20 hingga 50 tahun termasuk ahli keluarga mangsa dan suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

 

1 Jun 2023

- Tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali yang baru tamat pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang dipercayai membunuh dan membakar Nur Anisah Abdul Wahab, 21, didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar.

-Laporan bedah siasat oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati kesan terbakar pada hampir keseluruhan tubuh mangsa. Lebih mengerikan, perut mangsa turut terbelah.

-Tertuduh dikatakan memukul kepala mangsa dengan kayu sehingga terjatuh, kemudian menyeretnya ke tepi longkang, mengambil pisau dari kereta, menikam perut mangsa dan mengelar lehernya.

 

15 Mei 2024

-Mahkamah Tinggi Klang membenarkan Fakrul Aiman dirujuk kepada pakar psikiatri.

 

14 Ogos 2024

-Mahkamah Tinggi Klang menetapkan perbicaraan kes bermula bermula dari 23 hingga 27 Februari, 9 hingga 13 Mac dan 30 Mac hingga 3 April 2026.

 

20 Januari 2025

- Perbicaraan kes seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasihnya yang hamil dua tahun lepas dilaporkan bermula pada 27 Oktober 2025 di Mahkamah Tinggi, Klang.

 

8 September 2025

-Mahkamah Tinggi menetapkan 29 September 2025 untuk mengetahui status representasi seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasihnya yang hamil pada Mei 2023.

 

29 September 2025

- Muhammad Fakrul Aiman mengekalkan pendiriannya di Mahkamah Tinggi Klang untuk menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah atas pertuduhan membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil.

 

15 Oktober 2025

- Mahkamah Tinggi Klang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Muhammad Fakrul Aiman yang mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh dan membakar kekasihnya.

-Peguam tertuduh, Muhammad Nor Tamrin dalam mitigasi berkata anak guamnya telah dijadikan sebagai kambing hitam susulan laporan DNA (Asid Deoksiribonukleik) Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahawa janin berusia 18 minggu itu bukan milik Muhammad Fakrul.

 

14 Mei 2026

- Muhammad Fakrul Aiman terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya menggantikannya dengan hukuman penjara 40 tahun dan 12 sebatan.

 

 

View Original Article