Kualiti udara Selangor bertambah baik, semua stesen catat IPU sederhana

LocalEnvironment
24 Oct 2026 • 6:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kualiti udara Selangor bertambah baik, semua stesen catat IPU sederhana

SHAH ALAM, 24 OKT: Kualiti udara di Selangor menunjukkan peningkatan apabila semua enam stesen pemantauan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat jam 6 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi di negeri ini iaitu 93, diikuti Klang (91), Petaling Jaya (90), Banting (88), Shah Alam (83) dan Kuala Selangor (64).

Sementara itu, Seremban di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara iaitu 171, diikuti Nilai, Batu Pahat di Johor dan IPD Serian di Sarawak, masing-masing 166, semuanya dalam kategori tidak sihat.

Kluang dan Larkin di Johor pula masing-masing merekodkan bacaan IPU 164 dan 163, juga dalam kategori tidak sihat.

Di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 158, diikuti Cheras (114), manakala Putrajaya merekodkan bacaan 109.

Secara keseluruhan, sebanyak 23 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, 39 stesen berada pada tahap sederhana, manakala enam stesen merekodkan kualiti udara baik.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved