Jerebu: IPU tidak sihat meningkat kepada 19 kawasan setakat 10 malam

LocalEnvironment
23 Oct 2026 • 10:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jerebu: IPU tidak sihat meningkat kepada 19 kawasan setakat 10 malam

SHAH ALAM, 23 OKT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat kini melibatkan 19 kawasan di seluruh negara setakat jam 10 malam ini, meningkat empat kawasan berbanding petang tadi.

Lima kawasan di Selangor masih mencatatkan IPU tidak sihat dengan Klang merekodkan bacaan tertinggi iaitu 153, diikuti Johan Setia (151), Petaling Jaya (137), Shah Alam (112) dan Banting (106).

Sementara itu, Kuala Selangor mencatatkan IPU sederhana dengan bacaan 78, sekali gus menjadi antara 46 kawasan di seluruh negara yang merekodkan tahap berkenaan.

Di peringkat nasional, Nilai, Negeri Sembilan merekodkan IPU tertinggi iaitu 160, diikuti Seremban (159), Batu Muda, Kuala Lumpur (158), manakala Batu Pahat dan Larkin di Johor masing-masing mencatatkan bacaan 157.

Bandaraya Melaka dan Tangkak, Johor pula merekodkan bacaan 156, diikuti Bukit Rambai, Melaka (155), Pasir Gudang, Johor (154), Sri Aman, Sarawak (151) serta Alor Gajah, Melaka (150).

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kluang (125), Segamat (114) dan Putrajaya (106).

Dalam pada itu, tiga kawasan mencatatkan kualiti udara baik.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved