23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi

LocalEnvironment
24 Oct 2026 • 5:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi
Sebanyak 23 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Seremban merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 172.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Seremban merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 172.

Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan lapan Kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Batu Pahat (166), Kluang dan Larkin (165), Tangkak (162), Pasir Gudang (161), Segamat (155), Pengerang (154) dan Kota Tinggi (151).

Di Negeri Sembilan, selain Seremban, Nilai merekodkan IPU 166 dan Port Dickson (140), manakala di Melaka, iaitu Bukit Rambai mencatatkan bacaan 163, Bandaraya Melaka (160) dan Alor Gajah (158).

Di Kuala Lumpur, Batu Muda merekodkan bacaan 159 dan Cheras (141), manakala Putrajaya mencatatkan 118, dan di Pahang, iaitu Rompin merekodkan bacaan 141.

Di Sarawak, stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian mencatatkan bacaan 160, Sri Aman (157), Kuching (155), Kapit dan Samarahan masing-masing merekodkan 153.

Sementara itu, sebanyak 39 Kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved