Kuarters, pejabat baharu perkukuh prasarana imigresen

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kuarters, pejabat baharu perkukuh prasarana imigresen

PETALING JAYA – Pembinaan kuarters baharu di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak dan Papar, Sabah yang diumumkan menerusi Belanjawan Madani 2027 bakal memperkukuh kebajikan anggota serta meningkatkan keupayaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penyediaan kemudahan kediaman lebih kondusif penting bagi memastikan kebajikan anggota yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang dan pengurusan tahanan imigresen terus terpelihara.

Menurut beliau, kemudahan itu bukan sahaja dapat meningkatkan kesejahteraan anggota dan keluarga, malah membantu mereka memberikan tumpuan terhadap pelaksanaan tugas serta tanggungjawab jabatan.

“Kebajikan anggota bukan sekadar soal penyediaan kemudahan, sebaliknya merupakan asas kepada kesiapsiagaan dan keberkesanan sesebuah organisasi penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan.

Selain pembinaan kuarters, JIM turut menyambut baik pengumuman pembinaan Pejabat Imigresen Keningau, Sabah yang dijangka memperkukuh prasarana serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Zakaria berkata, pembangunan berkenaan diharap dapat menyediakan persekitaran urusan yang lebih sistematik, selesa dan cekap, sejajar dengan keperluan rakyat terhadap perkhidmatan awam berkualiti.

Beliau berkata, kedua-dua inisiatif itu merupakan pelaburan strategik dalam memperkukuh kapasiti organisasi dengan memberikan perhatian seimbang terhadap kebajikan warga kerja dan keperluan perkhidmatan kepada rakyat.

Sehubungan itu, katanya, JIM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyelarasan pelaksanaan inisiatif berkenaan bagi memastikan manfaat yang disasarkan dapat direalisasikan secara optimum. – KOSMO! ONLINE

The post Kuarters, pejabat baharu perkukuh prasarana imigresen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved