Kuartet renang 4x100 meter gaya bebas rangkul emas, pecah rekod SUKMA

21 Aug 2026 • 9:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kuartet renang 4x100 meter gaya bebas rangkul emas, pecah rekod SUKMA

SHAH ALAM, 21 OGOS: Kuartet renang 4x100 meter gaya bebas wanita Selangor memecahkan rekod Sukan Malaysia (SUKMA), sekali gus menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen tuan rumah, hari ini.

Pusat Akuatik Selangor menjadi saksi kejayaan kuartet perenang wanita Selangor mencatat masa 3 minit 54.54 saat, sekali gus memadamkan rekod kejohanan 3 minit 54.84 saat.

Kuartet Selangor yang dibarisi Shannon Tan Yan-Qing, Chong Yuan Yi, Khew Zi Xian dan Eliza Tan Ai Shen tampil cemerlang untuk menamatkan saingan di tempat pertama.

Pingat perak menjadi milik kuartet Wilayah Persekutuan, manakala Pulau Pinang membawa pulang gangsa.

Kejayaan itu menyaksikan Selangor bukan sahaja menambah koleksi emas, malah mencipta rekod baharu SUKMA dalam acara berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved