Atlet Selangor pecah rekod SUKMA 200 meter kuak kupu-kupu wanita

21 Aug 2026 • 9:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Atlet Selangor pecah rekod SUKMA 200 meter kuak kupu-kupu wanita

SHAH ALAM, 21 OGOS: Perenang wanita Selangor, Shannon Tan Yan-Qing terus terus mencipta sensasi apabila meraih dua pingat emas selain memecahkan dua rekod Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22, hari ini.

Shannon terlebih dahulu muncul juara acara 200 meter kuak kupu-kupu wanita dengan catatan 2 minit 15.13 saat, sekali gus memecahkan rekod SUKMA 2:15.77 yang diciptanya sendiri pada peringkat saringan pagi tadi.

Perenang berusia 16 tahun itu kemudian membantu kuartet Selangor menjuarai acara 4x100 meter gaya bebas wanita dengan catatan 3 minit 54.54 saat, turut memadamkan rekod kejohanan 3:54.84 saat.

Dua emas itu menjadikan Shannon mengumpul empat pingat emas setakat ini selepas sebelum ini menjuarai acara 400 meter rampaian individu wanita dan 4x100 meter rampaian campuran.

Pusat Akuatik Selangor turut menjadi lubuk emas buat kontinjen tuan rumah apabila Goh Li Hen muncul juara acara 200 meter kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan 2:03.96 saat.

Selangor turut meraih gangsa menerusi Goh Li Jie yang mencatat masa 2:05.03 saat dalam acara sama.

Secara keseluruhan, Pusat Akuatik Selangor menyumbangkan lima pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa kepada kontinjen Selangor hari ini, dengan empat emas hadir menerusi renang dan satu lagi menerusi sukan terjun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved