Kubu kuat DAP makin lama, makin tak cantik – Ab. Rauf

LocalPolitics
9 Nov 2026 • 10:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kubu kuat DAP makin lama, makin tak cantik – Ab. Rauf

MELAKA: Tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sekian lama menjadi kubu kuat DAP di Parlimen Kota Melaka perlu diberikan nafas baharu menerusi perubahan kepemimpinan dan pendekatan pembangunan lebih dinamik.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kawasan berkenaan tidak seharusnya terus berada dalam keadaan sama selepas terlalu lama dikuasai parti lawan.

Beliau berkata, Kota Melaka mempunyai potensi besar untuk terus dibangunkan sebagai destinasi pelancongan utama menerusi pembangunan pelbagai tarikan baharu termasuk hotel, pusat beli-belah dan lokasi persembahan, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh kedudukannya sebagai hab pelancongan negeri.

“Saya amat faham kerana Kota Melaka ini menjadi kubu kuat parti lawan kita. Dah terlalu lama. Sudah terlalu lama. Dan dia bukan makin lama makin cantik, dia makin lama makin tak cantik.

“Jadi saya harap visi yang dibawa oleh Puan Jasmine Lok (calon BN) ini akan melakukan perubahan, sama ada pemikiran masyarakat yang duduk dalam Kota Melaka atau sokongan sekitar,” katanya ketika berucap pada lawatan Ketua Menteri ke Bilik Gerakan BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir di sini semalam.

Ab. Rauf berkata, sekiranya BN diberikan mandat semula, beliau akan memastikan Kota Melaka diberikan perhatian menerusi agenda pembangunan yang mampu meningkatkan kemajuan kawasan berkenaan.

Katanya, BN tidak mahu pendekatan politik hanya tertumpu kepada kritikan, sebaliknya mahu membina sebuah negeri yang lebih maju dan dinamik.

“Di sinilah pusat ekonomi Melaka. Di sinilah kota yang orang datang sebagai pelancong, yang datang untuk melihat apa itu Melaka. Di sinilah terletaknya hotel-hotel yang hebat. Di sinilah terletaknya persembahan-persembahan yang hebat, pusat beli-belah, tempat datang orang berbelanja.

“Kita tidak mahu bercerita hanya mengkritik, kita mesti membina, membina sebuah Melaka yang dinamik supaya Melaka menjadi sebuah negeri yang jauh lebih hebat berbanding negeri-negeri lain,” katanya. – UTUSAN

The post Kubu kuat DAP makin lama, makin tak cantik – Ab. Rauf appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved